Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ku pakaikan harum-haruman kepada Nabi saw. sebelum beliau ihram pada hari Nahar, dan sebelum tawaf di Baitullah dengan harum-haruman mengandung kasturi."
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1159.
Dari 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a. katanya Rasulullah saw bersabda: "Luas telagaku sejauh sebulan perjalanan. Setiap sisinya sama panjangnya. Airnya lebih putih dari perak. Baunya lebih harum dari kasturi Gemerlapan cahayanya bagaikan sinar bintang di langit. Siapa yang minum dari telaga itu tidak akan haus selama-lamanya sesudah itu "
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2132.
Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Allah yang diri ku dalam tanganNya, seseorang yang dilukai dalam membela agama Allah dan Allah mengetahui orang yang luka dalam membela agamaNya, maka orang itu datang pada hari kiamat, dengan warnanya warna darah dan baunya bau kasturi".
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1278.
Dari Abdullah bin Amru r.a., Nabi saw. bersabda: "Kolamku panjang nya sebulan perjalanan. Airnya lebih putih dari pada susu, baunya lebih harum dari kasturi dan gelasnya sebanyak bintang dilangit. Siapa yang minum, nescaya tidak akan dahaga untuk selamanya."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1772.
Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw. beliau bersabda: "Ketika aku berjalan dalam syurga, kebetulan bertemu dengan sebuah sungai, kedua tepinya kubah mutiara yang berlubang di dalamnya. Aku bertanya: "Apakah ini, hai Jibril?" Jawabnya: "lnilah sungai Kautsar, yang diberikan Tuhan kepada engkau, sedang baunya bagai kasturi."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1773.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Apabila ruh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya, dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit." Kata Hammad, "Kerana baunya harum seperti kasturi." Kata penduduk langit, "Ruh yang baik datang dari bumi. Shallallahu 'alaika (Semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam." Lalu ruh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman, "Bawalah dia ke sidratul muntaha, dan biarkan di sana hingga hari kiamat." Kata Abu Hurairah selanjutnya, "Apabila ruh orang orang kafir keluar dari tubuhnya, kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian, maka berkata penduduk langit, "Ruh jahat datang dari bumi." Lalu diperintahkan, "Bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2448.
Dari Jabir r.a. katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak berak, dan tidak membuang hingus." Tanya para sahabat, "Bagaimana makanan yang mereka makan?" Jawab beliau, "Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti baukasturi. Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas kalian."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2427.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Rombongan yang mula-mula masuk syurga bercahaya-cahaya bagaikan bulan purnama. (Rombongan) sesudah itu lebih cemerlang dari bintang-bintang yang gemerlapan. Mereka tidak buang air kecil dan tidak buang air besar. Tidak membuang ingus dan tidak meludah. Sisir mereka dari emas dan keringat mereka kasturi. Pedupaan mereka kayu gaharu yang harus. Isteri mereka bidadari, akhlak mereka sama. Bentuk mereka seperti nenek moyang mereka Adam, tinggi enam puluh hasta."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2425.
Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Nabi saw, bersabda: Semua luka yang diderita seorang muslim dalam peperangan fi sabilillah, pada hari kiamat nanti keadaannya akan seperti waktu ia terluka semula; darahnya memancar, berwarna merah, tetapi baunya seperti kasturi."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0157.